Sunday 11 March 2012

Makna Di Sebalik Bunga


ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah
dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih
menimpa diri seseorang.



BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan
selamanya.

BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu
perkara.

BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang
dialami itu.

Jasmine Flowers Pictures and Wallpapers
BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan
seperti yang sepatutnya.

BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

MAKSUD TERSIRAT
(untuk main-main jer tau)
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:


KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI
memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK
 memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu
tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK
memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi
beberapa cabaran dalam hidup.



No comments: